Skip to main content

Barakah dan F&F

Ralat untuk post sebelum ni. Februari tahun 2014 hanya 28 hari.
Bukan 29 hari.
Samada aku hilang ingatan bahawa tahun ni bukan tahun lompat ataupun aku bebuat tak tahu.
................................................................................
Barakah yang aku nak cerita adalah sebuah restoren melayu-jawa
Aku agak je sebab kawasan tu memang dimonopoli orang Melayu berketurunan Jawa.
Kronologinya bermula seperti dibawah :
1. Tiba di restoren F&F. Tekak meronta nak makan masakan Barat. (Sebenarnya jeles dengan parents yang asyik bercerita mengenai restoren ni. Dan ada seorang kenalan pun dah makan kat sini 2 kali. Lagi bertambah jeles)
2. Abang kedai yang ambik order merangkap cashier dan juga tukang masak beritahu cerita kurang best ke aku yang sedang eksaited nak makan. Otak terbayang fish & chips yang panas bersama tartar sauce. ah sedapnya.
"Mintak maaf dik. Burger je ada time-time gini. Err dengan fries. Yang lain belum ada, sauce tak siap lagi", kata abang tu.
3. Kenalanku hanya menolak dan bagitahu abang tu yang kitorang akan datang semula dalam pukul 8pm. Dan kami ke restoren Barakah pula.
4. Restoren Barakah ni selalu dikatakan port best untuk makan, oleh kenalanku tadi ni. Okay, selalu juga aku dapat bukti makanan-makanan yang ada di restoren ni.
5. Mihun Soto & Nasi Lemak Ayam Rendang. Sedap, cuma sambal nasi lemak teksturnya seperti air milo & terlampau manis untuk tekak ku.
6. Kenyang. Tunaikan apa yang wajib dan kembali ke restoren sempoi yang dikenali sebagai F&F.
7. Dekorasi yang macam terlalu sempoi, dan mungkin orang yang lalu tak berminat untuk drop-by kerana terlampau santai.  Tak berkesempatan untuk kongsi gambar kerana talipon putus nyawa.
8. Grilled Chicken Chop Home-made Chicken Chop di order bersama Teh O Panas & Sirap Selasih (baca : telur katak). Menyelerakan, aku eksaited terlebih dengan presentation makanan tu semua. Sedap juga. Cuma black pepper sauce tu berkemungkinan terlebih lada. Rasa pedas tinggal di bibir.

Penyudahnya, borak sampai pukul 11.30 malam. Dan masing-masing membawa haluan ke rumah sendiri.
.....................................................................................
Rutin harini adalah seperti berikut :
1. Medical check up di klinik swasta untuk hal-hal penting dunia.
2. Hantar barang ke Kuala Lumpur.
3. Beli pengecas talipon. 

Semua siap sebelum jam 12pm. Tetiba tengok balik borang, dokter yang merawat aku tu, ter-cop di bahagian pengesahan yang HANYA boleh diisi oleh kumpulan Pengurusan & Profesional di pekhidmatan awam SAHAJA.

"Cikgu ada di sekolah? Saya nak minta tolong sahkan borang pengesahan perubatan saya"
"Ada. Datanglah selepas jam 12 tapi sebelum jam 2. Cikgu ada mesyuarat PIBG nanti."
Singgahlah aku ke sekolah tempat aku menimba ilmu selama 5 tahun sejak tahun 2003. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Ah, rindu betul sekolah itu.
.........................................................................................
Hati gembira, pandu ke rumah sambil sengih kerang dari sekolah sampailah ke Shah Alam.
Alhamdulillah selesai semua kerja untuk harini.
Berat menurun.
Petanda untuk misi mencari restoren.
Ya.
Sebentar saja lagi.
Akan dikongsi.
Bye!

output otakku : 107/62 mmHg

Comments

Unknown said…
Assalamualaikum,,,awk,,call num nie,pleasee,,0173937963,,mohd hariz

Popular posts from this blog

Im all alone.

Okay. setelah 20 hari, baru aku nak update belog ni. Dah 20 hari since hari arwah Wan meninggal. :'( Memang aku rindu, rindu dia sangat. Aku tau, aku bukan cucu yang paling baik, paling dia sayang. Aku tak selalu jumpa dia macam cousin aku jumpa dia. Diorang jumpa dia hari-hari, tak macam aku. Tapi aku tak pernah lupa dia. Sikit pun TIDAK. Sampai sekarang, still ingat. still rasa dia ada kat rumah ibu. Dari umur 6 tahun, aku duduk dengan dia. Dia lah yang selalu marah aku, sebab aku nakal, perangai kalah lelaki. Tapi aku redahkan je. Bila dah sekolah kat KL, aku tak selalu jumpa dia. Jumpa masa weekend ngan masa raya. Itu je yang mampu. ................................................................. Sekarang dah masuk hari yang ke-20 arwah pergi tinggalkan semua. Aku rindu sangat, selalu teringat dialog yang tak kan pernah miss setiap kali aku datang rumah ibu & pergi bilik dia. Nurul : Assalamualaikum. :) Hai Wan. Wan : Walaikumsalam. Eh, Nurul. Bila sampai? Nurul : Baru je ...

are u brand conscious?

i have something to share, well, here it is. "Brand Conscious Among Teenagers" satu ; Teenagers nowadays becoming brand conscious most probably because of their upbringing.There are parents with high income who spend a big amount of money just to buy a pair of trainers for their children.They are free to spend coz that's their money and we got nothing to do with dat ;) we just watch and learn je lahh kan? gaah.. Maybe they wanted the best for their children, yelaaah,, branded stuffs kan more comfy and last longer than yang cikai, ryte? At the end, their childrens nk a cup of coffee pon nk kena pergi Starbucks! , dah taknak mamak2 nie,, ;O dua ; Next, high cost of living in certain areas also affects the teenagers jadi brand conscious.Are u agree with that?hrmp,, for me,, people living in an urban city ni lain sket, up-to-date laah kunun,, kn2? compared yang stay kat kampung2 sket tuh. This is b'coz they are accessible to the megamalls.. padan laahh ~ huh.. Besides, t...

January 9th, 2018

Entri pertama buat tahun 2018. It's been a while. Aku acacah sibuk bekerja. Ecewah! ..................................................................................... Entri kali ini aku nak tujukan khas buat bakal food-hunter kami (aku & kenalan). Selamat datang ke dunia makanan di Malaysia, tunggu masa yang sesuai nanti kita redah jjcm k. Ada dua entri yang aku bercerita pasal kenalanku ini. Basically, kenalan aku tu lah yang buat kejutan dan tak memasal buat aku marah pada mulanya, iaitu datang dengan mak ayah beliau ke rumah parents aku untuk merisik. Kenapa aku marah? Sebab pada ketika itu, aku kat Jepun atas urusan kerja. Ngko bayangkan takde hint apa-apa tetiba ayah Facetime aku yang masa tu baru selesai solat Zohor, tunjuk sedara mara aku kat umah dan tetiba aku ternampak kenalan aku tu.  Mana aku tak terkejut. Eh ngko bayangkan je lah. Okay mulai ayat ni, kita panggil kenalan aku tu Jay . Cerita dia aku kena kahwin dalam masa tiga bulan. Hat tu kita cerita...