Friday, November 11, 2011

What so special ?

Will you stay away forever.
............................................
       Since hari ini 11th November 2011, aku nak update blog ni. Dah berkurun rasanya. Ntah kenapa orang duk sembang pasal tarikh harini. Mungkin nombor lawa ke apa, aku tak sure. Kebetulan jatuh pada hari Jumaat ke, yang itu pun aku tak sure. Dari pukul 12 malam tadi, TL aku penuh dengan wish pasal tarikh tu & ada game nombor macam kat Fb dulu. Haha, segala yang kat Fb kalau nak bawak kat Twitter memang takde originality la. Karang tak pasal MafiaWars, Poker segala ada kat Twitter, macam mana ? Okay fullstop. Yang paling penting dari 7thNovember2011 cuti, sampai ke harini (tarikh yang kononnya bersejarah), aku tak siapkan lagi slide untuk presentation, lab report untuk 2-3 minggu lepas, study untuk midterm exams. *standingovation* Alasan untuk tidak menyiapkan segala homework tu ; Sibuk sangat (kononnya) siapkan proposal Petai Belalang tu (jahanam). Padan muka kau la dapat tajuk Petai hari Rabu petang, Jumaat pagi kena submit. *thumbsup* Dan abstrak buat hari Selasa, hantar hari Rabu (doublejahanam). Tuntas daripada alasan tersebut, perkataan dan perbuatan Tidur tiada dalam senarai rutin harian selama dua minggu berturut-turut. Terima kasih dunia. 
       Nak dijadikan cerita, malam tadi sebenarnya berniat nak buat slide tu, tapi mata asyik pandang screen, jari gatal scroll down segala, layan 9gag. (Thanks la ajeween), kerja tak siap, hapah pun takde. Perut rasa lapar, AZ ajak pergi Mekdi. Okay, pergi ke Mekdilah semua. Cubaan start kereta sebanyak 18kali, tak berhasil. *cuak* Check lampu, takde terbukak pun. Dino ni dah kenapa pulak. (mungkin battery kong, tapi sebab apa?) . Tensi sebentar, tapi nak buat-buat cool, terus pergi je Mekdi ikut AZ. Dah makan semua sambil layan The Roomate, aku balik bilik, packing barang (esok, nak balik lah ; 4.50am). Pagi tadi ayah datang bawak mekanik dari Perodua. Dino dah boleh start, terus gerak pulang. Endofthestory.

Moralnya ; Tarikh harini suwey untuk aku. Kbai.

output otakku ; Jahanam

Monday, August 8, 2011

Yang Mana Satu?

Aku mulai tenang. Tenang-tenang sahaja seperti dulu.
Seumpama zaman sekolah tadika Warna-Warni.
Alhamdulillah, ketenangan itu, aku peroleh semula.
Oh, itu ketenangan semalam.
......................................................................................
Dah sure dengan apa yang hendak ditype. Ini merupakan senarai kerja yang belum selesai.
1. Kertas kerja program
2. Hadiah untuk kawan adik
3. Stackkan barang-barang dari bilik sendiri
4. Sampul surat untuk kad raya
5. Kad raya untuk kawan-kawan
6. Misi menyimpan semua Tupperware mama ke dalam lemari (Ada orang yang nak beli tak, Tupperware ni ada yang tak pernah keluar dari beg plastik)
7. Upload & update segala Shirts & Tshirts (semua benda) yang nak dijual (Lemari sudah rapuh & bakal roboh)
8. Perlukan pembantu untuk menggosok kesemua baju yang tidak terkira berapa helai itu

Sambil tensi, sempat juga aku layan lagu Lenny pagi-pagi buta ni. Sementara menunggu azan Subuh.


output otakku ; Yang mana harus saya buat dahulu?

Saturday, August 6, 2011

Missing You Is The Hardest Thing I've Ever Experienced

Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa aku rindukan kau.
Setiap kali perasaan rindu tu datang, terus-menerus aku sedekahkan Al-Fatihah untuk kau.
Berharap kau mendengar segala yang aku bacakan.
Aku tetap merasakan yang kau masih ada di rumah ibu.
Walaupun aku tahu, kau telah pergi meninggalkan aku.
Tinggalkan semua.
Ramadhan kali ini, Ramadhan yang pertama kau tiada disisi.
Rasa kehilangan itu semakin terasa di saat mengerjakan Solat Terawikh.
Tidak putus aku berdoa padaNya agar kau hidup bahagia disana, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman & beramal soleh.
Aku berharap kita akan berjumpa kelak.

Al-Fatihah

output otakku ; apa yang terbuku dalam hati

Friday, July 15, 2011

Rindu.

Okay. Tak tipu, aku rindu Wan lagi :'(
Semalam baru lepas pergi kubur arwah. Ye, aku sedih sangat.
Baca Yasin. Itu yang paling mampu aku buat semalam.
Semoga Allah makbulkan doa aku untuk arwah Wan.
Nak pergi kubur arwah atuk, walaupun tak pernah jumpa.
Mungkin tak sampai 20 kali setahun, sebab aku jarang balik Sega.
................................................................
Ya Allah, kau cucurilah rahmat ke atas roh wan & atuk ku, tempatkanlah mereka dalam kalangan orang yang beramal soleh. Amin

output otakku ; aku rindu Wan

Monday, June 27, 2011

Im all alone.

Okay. setelah 20 hari, baru aku nak update belog ni.
Dah 20 hari since hari arwah Wan meninggal. :'(
Memang aku rindu, rindu dia sangat. Aku tau, aku bukan cucu yang paling baik, paling dia sayang. Aku tak selalu jumpa dia macam cousin aku jumpa dia. Diorang jumpa dia hari-hari, tak macam aku. Tapi aku tak pernah lupa dia. Sikit pun TIDAK. Sampai sekarang, still ingat. still rasa dia ada kat rumah ibu. Dari umur 6 tahun, aku duduk dengan dia. Dia lah yang selalu marah aku, sebab aku nakal, perangai kalah lelaki. Tapi aku redahkan je. Bila dah sekolah kat KL, aku tak selalu jumpa dia. Jumpa masa weekend ngan masa raya. Itu je yang mampu.
.................................................................
Sekarang dah masuk hari yang ke-20 arwah pergi tinggalkan semua.
Aku rindu sangat, selalu teringat dialog yang tak kan pernah miss setiap kali aku datang rumah ibu & pergi bilik dia.

Nurul : Assalamualaikum. :) Hai Wan.
Wan : Walaikumsalam. Eh, Nurul. Bila sampai?
Nurul : Baru je ni. Wan sehat?
Wan : Sihat macam tu je. Eh, besok tak sekolah, Nurul?
Nurul : Tak sekolah pun Wan, Nurul cuti esok. Wan dah makan?
Wan : Dah, makan sikit je.
Nurul : Aik, sikit je? Wan diet eh.
*gelak terabur*
i miss you :'(
....................................................................
Ya Allah, kau tempatkanlah roh arwah Wan aku dalam kalangan orang yang beriman & beramal soleh. Amin.

"Kalau Nurul kat rumah, Nurul datang kubur Wan tau :). Nurul rindu Wan sangat-sangat :'("

Mama & arwah Wan
output otakku ; all alone.

Thursday, May 26, 2011

being normal at last

happy tak terkata. Hanya Allah saja yang tahu. Dapat menjadi seorang manusia normal semula.
I've been waiting for you, almost three months. wtf? monolog dalaman
apesal lambat sangat muncul?
u takkan tau betapa risau, tak tentu arah, serabot, sakit perut, sakit gigi, semuanya sakit bila u lembab sangat datang menjenguk i. haish. pity you, makcek
yang penting, u dah sampai. im very happy for that. Thankyou.
.............................................................................
Nasi goreng mane weh? Lu sembang ape??
Kejap nak bagi. Kejap taknak bagi. Ape sebenarnya niat di hati lu?
kalau taknak bagi, jangan bukak cite. Buat orang terliur je. Lapar tau tak?

output otakku ; sexcited.

sekian ;)

okthnxbai

haa. dah google dah nama u. Dah baca jugak semua post about you kat blog BB :P Cerita yang baru i tau. Best baca entry tu.

"Untunglaaa dia nak kawen dengan u, grow old with u n etc. Tahniah" monolog dalaman

output otakku ; just go with the flow

sekian ;)

Saturday, May 14, 2011

pain

sore throat?
ntah la, i dont know how to describe.
tak sure la, tekak ni bengkak,
sekarang lidah pulak bengkak. apesal ni ? apesal?
what's happening to me? -.-
nak kunyah makanan pun sakit.

output otakku ; runsing la.

Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu semua

sayang ayah mama chan kawan kawan semua ;)

output otakku ; tak payah gi perhentian :P

Monday, May 2, 2011

Glee-Athon

For the first time in my life, tengok GLEE dari awal sampai habis -.- Eh eh ni GLEE-ATHON; awal Episod 1 sampai Episod 14. Amacam, okay tak? haha. Okay la cite dia best sebab suara diorang sedap.
................................................................................
Teringat training menari lagu jahat kat foyer :P
Okay, esok ada plan baik. Kena tido sekarang, nanti tak bangun. Okay babai.

sekian, cheers ;)

output otakku ; tak sabar nak laksanakan plan besok. :)

Sunday, May 1, 2011

Eh kau yang sangat perfect habis.

hai. hari ni nak merapu je. sebab exam dah habis!
Yeah! Exam is over for this semester!!
............................................................
Okay, apa pandangan korang kat orang yang duk sebok sebok nak gtau kat kawan kawan yang dia nampak, dengar, jumpa n etc dengan sebuah anugerah tuhan yang membuatkan dia amazed?
Okay, for my opinion, im cool. Tak kesah la orang tu nak jaja cerita satu ukm ke, satu kajai ke, satu bangi or etc. Asalkan beliau tidak memberikan apa apa kesan kepada hidup saya. Ahaa.
Kepada orang yang bajet dia bagus sangat, bising bising sampai nak buat entry kat blog bagai, pasal kawan dia kononnye outdated la, tak tau macam macam, -.- tak payah nak bajet sangat la ye, sebab orang macam anda memang tak pernah puas hati dengan apa yang orang lain ada. So, kalau nak disukai ramai dan ada hubungan baik dengan teman teman di universiti mahupun di rumah, just chill. Follow the flow, iya kan aje ape benda yang kawan kata asalkan tak bertentang dengan ajaran agama yang korang anuti. Just chill and be happy.
.............................................................
Eh eh ada satu cerita lagi, kawan sy merupakan pencerita yang sangat lucah. Memandangkan sy seorang perempuan dan kesemua mereka adalah lelaki, sy menjadi segan setiap kali mereka berdiskusi 18SX. eh bukan 18SX, tapi 18 ESX (EXtraa). Asal lepak je cite benda benda macam tu, tak kira la masa study ke, masa makan ke, masa mandi sungai ke ape. Memang itulah yang sentiasa menjadi topik perbualan. TAPI, sy disini tidak pernah kesah kerana, that is a real life. Everybody deserves to discuss whatever topic the want. Kita yang dengar, diam je, tak paham tanya, kalau dah tau join je topik perbualan. Apeadehal? Chill sudah. Tak payah nak melatah sangat buat spekulasi ape ape. Relax bro.


output otakku ; kalau kau cool sangat, tak payah kawan ngan sesiapa okay? ;)

Sunday, March 13, 2011

yeah, i skipped a year

okay. 11th march yang lepas, merupakan birthday si makcek eskrim. yeah. happy belated birthday to me :P
time birthday macam biasa lah, kawan kawan wish birthday via FB, phone n etc. So, Thanks kasih kepada semua yang meluangkan masa or duit korang dengan wish birthday kepada saya ya. Thanks sangat sangat. Tak lupa jugak, ada kawan yang belajar kat India, call kul 8pm (11th march2011) semata-mata untuk wish birthday. Terharu sangaaaaat sampai nak nangis. Sanggup Farah Nadia tu call :) Thanks babe. thanks jugak kat pakcek for the wish ILY :) heeheee.To my BFF dari zaman sekolah, Anis Masiran n Eireen Camelia, i love you both to the max!
...........................................................................
11th March (0000hrs)
Lepak kat Fariz, Seksyen 15, Bangi bersama teman teman iaitu Azreen Zolkafli, Muhammad Faizzuddin Jasmani, Mohd Lutffi Latif, Mohamad Hamiezan Rohaizat dan Effa Noorzila Shamsuddin.
Borak borak celebrate birthday makan kerang bakar :D hahaha. gilaaa. kul 3am baru balik sebab si dent ngan lato dah ngantuk. damn
Sambung lepak ngan miezan kat blok sampai kul 4am. Pastu dia balik.
Sambung lagi print proposal n etc kat bilik sampai pagi. Kul 8am gi kelas Instrument. Gigih sungguh, lepas kelas gi JPPel hantar proposal. Okay pastu balik kolej.
Sambung cerita lain.
...........................................................................
(1130hrs)
Gerak gi putrajaya bersama azreen,dento ngan kay. gara-gara dento nak belanja makan sempena tuuuuuutttt. :P Zetty tak dapat ikut, sian diaaa.
dent belanja semua. Kitorang tengok cite Big Momma : Like Father Like Son.
dent belanja semuaaaa yang kitorang pergi. Terima kasih dent. terima kasih sangat sangat.
Walaupun tak tido, rasa happy sangat hahahaha.
Dah habis semua benda. back to reality.
...........................................................................
(1700hrs)
dengan mengantuk, drive back home. dah macam orang gila bawak kereta. :(
nak wat camne, ayah suh balik.
sampai umah, tido sejam.
kul 8 dah kena pergi celebrate birthday ngan family n angah Am.
Thanks for celebrating :) heee.
balik terus tido sampai kul 12pm. :D hebatnya, macam superwoman. lama betul kau tido ni makcek!
...........................................................................
12th march (1400hrs)
ayah call suh siap nak gi lunch.
adik kata diorang kat E.D Tyres. pehal diorang wat kat situuuu, tayar meletop keee?
pelik pelik. Intai jap kat luar, hahah. Dino dah hilannggg.
habis laahhh. lepas siap, diorang balik.
adik suh keluaaaar. tengok tengok dino, waaahhhhh
ayah ngan mama belikan new car rims ngan tyre baru. hoooraaaayyy.
thanks kasih lagi sekaliii ayah ngn mama.
thanks to chan sebab menjadi planner yang baik. siap kamu!
...........................................................................
(2000hrs)
menjalani rawatan resdung dekat sebelah rumah uncle Amli. :) lega sikit.
...........................................................................
13th march (0200hrs)
Still kat Sri Damansara sambil online update blog. FB semua sekali.
Btw, tengah reply semua wall post, Nabila Aqila ada gtaw yang dia post something on her blog.
n sila lah lihat apa yang nabila aqila post kat blog dia.

Thanks kasih qiela, thanks for the wish, post n etc. :) Sayang kamu sampai bila-bila.

output otakku : thanks kat mama, ayah, adik,kawan2 yang ada di sisi selama ni.

Monday, January 17, 2011

fisherman

woihhh. lama betul tak menaip dan post di blog.
konon busy la tuh. padahal jarang online sebab dah muak.
hari sabtu lepas (15 jan 2011)
hari paling best dan paling penat di dunia saya.
pagi ada nature aerobic, lepas tuh manual printing,
upload gambar ngan video kat laman sosial.
next, pergi lunchie kat Al-Abraj "Chicken Haneez"
sedaaaaap. minggu ni minggu Arab. asik nak makan kat kedai arab je.
ntah hape tah. gila agaknya.
balik, tak mandi terus lepak lepak, pastu terlelap.
............................................
tengah syiok layan mata, tiba tiba ada orang telefon.
bising kacau betul.
"eh, bangun bangun, orang dah sampai ni. Tunggu kat ****** tau. dah, dah bangun mandi."
monolog : macam tau tau je aku belum mandi lepas aerobic tadi. haishhh
lepas mandi, terus siap, terus pergi kat tempat yang dikatakan.
terus pergi bandaraya kuala lumpur.
pelik betul dia ni, tiba tiba nak gi situ, dah la hari sabtu, tau tau je lah, jalan mesti sesak punya.
dalam keta pun sempat layan mata balik, sedar sedar dah kat basement.
"eh, kita kat mana ni", saya.
"dah sampai ni, jom", kamu.
aishh, orang tanya kat mana tak nak jawab pulak.
masuk je dalam mall, baru sedar yang kitorang berada kat Pavilion, Kuala Lumpur.
terus pergi GSC untuk check cite ape yang ada.
"Faster" : cerita yang dipilih, sebab cite tu je yang paling cepat.
30 menet sebelum cite start, sempat agy gi kedai ayam goreng.
ulasan movie : boleh tahan, sebab Dwayne Johnson yang berlakon.
.................................................
okay. terus balik ke kolej. pergi amek duit kat peti besi.
terus pergi ke the big M.
woah, dah lama tak pergi sana.
:) kat situ pun ada KL gak.
tapi KL dia ada daya penarik seperti kedai makan Asam Pedas Claypot.
makanan yang tak kan miss bila datang situ, Asam Pedas Pari ngan air sirap.
pergh, layan. okay, lepas tu lepak jap tepi laut, layan angin laut malam malam.
next, lepas dapat duit belanja, terus drive balik kolej semula.
on the phone dari lepas toll-kolej. 50 menet.
boleh tahan laju gak bawak.
sampai bilik kul 2.30am.
terus pengsan sampai kul 10am .
sekian cerita untuk hari ni.
nak sambung wat report. babai.

output otakku : takde idea nak merepek kat report :(