Saturday, November 1, 2014

Holiday

Tak dinafikan sejak kerja, cuti adalah benda yang paling jarang gua mohon.
Lupa rasa nikmat berehat lama.
Lupa rasa nikmat bercuti, enjoy di tempat orang.
Maaf buat makpak, adik dan kesayangan yang lain di atas sebab-sebab kerja, gua tak mampu sumbang masa dengan kamu semua.
Sometimes I don't even understand myself for being very committed with things which I assigned for. Mampuih pi la nak type bahasa mat saleh pulak kan.

Nothing worth having comes easy.

Wednesday, October 22, 2014

Untold

You, them & others,

I can't never make assumptions,
I can't never judge
I can't never evaluate
Because I trusted Him and I know He arranged things perfectly in place. 

Me,

You can make assumptions,
You can judge,
You can evaluate.

Because this is life.



Sunday, August 3, 2014

Aku & Lelaki

Aku
Spesis yang bercakap sengih bercakap sengih.
Pesyen tak mampu menolak usaha untuk menggembirakan homosapien yang lain.
Paling diskaun sekali, senyum pun dah cukup.
Bukan jenis sopan santun gelak tutup mulut.
Gelak tanpa filter itu pasti. Cuba lah sembang dua-tiga kali tengok.
....................................................................
Lelaki
Majoriti kawan rapat terdiri daripada kaum ini. Ya, lelaki.
Kebanyakan mereka yang tidak mempunyai sifat sensitip. Jadi, sifat tersebut pun kurang dalam diri ini.
Lebih selesa beraktiviti dengan kaum ini, kerana mereka tidak banyak kerenah berbanding dengan yang perempuan.
Makan, port lepak minum, aktiviti - semuanya tak kisah kebanyakannya.
(pengakuan lahir daripada pengalaman sendiri)
.....................................................................
Short hair
Berpengalaman selama 17 tahun sejak celik pandang muka makayah dengan gaya slope.
Agak-agak kalau rambut dah pendek ni, sifat keperempuanan mengusai diri tak?
Mestilah TIDAK! (baca : Tomboy)
.....................................................................
Aku
Walaupun rambut tak slope lagi, perangai kasau tu masih serupa.
Kepada kenalan rapat yang lelaki, terima kasih kerana sudi berkawan dengan ai.
Terharu.

Saja update, sebab rasa lama dah tak meluahkan perasaan kat sini.
Salam Syawal 1435H buat anda semua! Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua diseluruh dunia.

output otakku ; sedar

Saturday, February 22, 2014

Barakah dan F&F

Ralat untuk post sebelum ni. Februari tahun 2014 hanya 28 hari.
Bukan 29 hari.
Samada aku hilang ingatan bahawa tahun ni bukan tahun lompat ataupun aku bebuat tak tahu.
................................................................................
Barakah yang aku nak cerita adalah sebuah restoren melayu-jawa
Aku agak je sebab kawasan tu memang dimonopoli orang Melayu berketurunan Jawa.
Kronologinya bermula seperti dibawah :
1. Tiba di restoren F&F. Tekak meronta nak makan masakan Barat. (Sebenarnya jeles dengan parents yang asyik bercerita mengenai restoren ni. Dan ada seorang kenalan pun dah makan kat sini 2 kali. Lagi bertambah jeles)
2. Abang kedai yang ambik order merangkap cashier dan juga tukang masak beritahu cerita kurang best ke aku yang sedang eksaited nak makan. Otak terbayang fish & chips yang panas bersama tartar sauce. ah sedapnya.
"Mintak maaf dik. Burger je ada time-time gini. Err dengan fries. Yang lain belum ada, sauce tak siap lagi", kata abang tu.
3. Kenalanku hanya menolak dan bagitahu abang tu yang kitorang akan datang semula dalam pukul 8pm. Dan kami ke restoren Barakah pula.
4. Restoren Barakah ni selalu dikatakan port best untuk makan, oleh kenalanku tadi ni. Okay, selalu juga aku dapat bukti makanan-makanan yang ada di restoren ni.
5. Mihun Soto & Nasi Lemak Ayam Rendang. Sedap, cuma sambal nasi lemak teksturnya seperti air milo & terlampau manis untuk tekak ku.
6. Kenyang. Tunaikan apa yang wajib dan kembali ke restoren sempoi yang dikenali sebagai F&F.
7. Dekorasi yang macam terlalu sempoi, dan mungkin orang yang lalu tak berminat untuk drop-by kerana terlampau santai.  Tak berkesempatan untuk kongsi gambar kerana talipon putus nyawa.
8. Grilled Chicken Chop Home-made Chicken Chop di order bersama Teh O Panas & Sirap Selasih (baca : telur katak). Menyelerakan, aku eksaited terlebih dengan presentation makanan tu semua. Sedap juga. Cuma black pepper sauce tu berkemungkinan terlebih lada. Rasa pedas tinggal di bibir.

Penyudahnya, borak sampai pukul 11.30 malam. Dan masing-masing membawa haluan ke rumah sendiri.
.....................................................................................
Rutin harini adalah seperti berikut :
1. Medical check up di klinik swasta untuk hal-hal penting dunia.
2. Hantar barang ke Kuala Lumpur.
3. Beli pengecas talipon. 

Semua siap sebelum jam 12pm. Tetiba tengok balik borang, dokter yang merawat aku tu, ter-cop di bahagian pengesahan yang HANYA boleh diisi oleh kumpulan Pengurusan & Profesional di pekhidmatan awam SAHAJA.

"Cikgu ada di sekolah? Saya nak minta tolong sahkan borang pengesahan perubatan saya"
"Ada. Datanglah selepas jam 12 tapi sebelum jam 2. Cikgu ada mesyuarat PIBG nanti."
Singgahlah aku ke sekolah tempat aku menimba ilmu selama 5 tahun sejak tahun 2003. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Ah, rindu betul sekolah itu.
.........................................................................................
Hati gembira, pandu ke rumah sambil sengih kerang dari sekolah sampailah ke Shah Alam.
Alhamdulillah selesai semua kerja untuk harini.
Berat menurun.
Petanda untuk misi mencari restoren.
Ya.
Sebentar saja lagi.
Akan dikongsi.
Bye!

output otakku : 107/62 mmHg

Thursday, February 20, 2014

Februari

Bulan yang indah.
29 hari pada tahun ni.
.................................................................
Kerja.
Demi kampeni.
Biasa dengan kerja-kerja admin, HR, Finance, Accounts, Operations (R&M).
Demi bapak.
Malam tadi bertungkus lumus dengan Standard Operating Procedure (SOP).
Demi mama.
Aku enjoy dengan semua yang aku buat.
Demi diri sendiri.
.................................................................
Kekangan masa?
Ya! Masa sangat singkat.
Banyak perkara perlu diselesaikan pada setiap hari.
Rutin aku berbeza dengan kau.
Jadinya, kita berbeza.
.................................................................
Mapley.
Al-Fariz Maju yang sekali dikunjung dalam kira-kira 2-3 bulan.
Tempat gelak sakan dengan kawan.
Tempat tengok bola skrin gergasi.
Ayam tandoori, nan kima & oothapam spesel buat yang pertama kali jejak kaki.
Mesti cuba! kalau taknak tergolong dalam orang yang rugi.
.................................................................
Sudah.
Semoga masa tak mencemburi.
Untuk menggerakkan jari.
Menekan huruf-huruf ni.
Dilain hari.

Selamat!

"Peduli orang kata, asal aku yang bahagia" - (Anon.)

output otakku : BP 103/57mmHg