Monday, June 27, 2011

Im all alone.

Okay. setelah 20 hari, baru aku nak update belog ni.
Dah 20 hari since hari arwah Wan meninggal. :'(
Memang aku rindu, rindu dia sangat. Aku tau, aku bukan cucu yang paling baik, paling dia sayang. Aku tak selalu jumpa dia macam cousin aku jumpa dia. Diorang jumpa dia hari-hari, tak macam aku. Tapi aku tak pernah lupa dia. Sikit pun TIDAK. Sampai sekarang, still ingat. still rasa dia ada kat rumah ibu. Dari umur 6 tahun, aku duduk dengan dia. Dia lah yang selalu marah aku, sebab aku nakal, perangai kalah lelaki. Tapi aku redahkan je. Bila dah sekolah kat KL, aku tak selalu jumpa dia. Jumpa masa weekend ngan masa raya. Itu je yang mampu.
.................................................................
Sekarang dah masuk hari yang ke-20 arwah pergi tinggalkan semua.
Aku rindu sangat, selalu teringat dialog yang tak kan pernah miss setiap kali aku datang rumah ibu & pergi bilik dia.

Nurul : Assalamualaikum. :) Hai Wan.
Wan : Walaikumsalam. Eh, Nurul. Bila sampai?
Nurul : Baru je ni. Wan sehat?
Wan : Sihat macam tu je. Eh, besok tak sekolah, Nurul?
Nurul : Tak sekolah pun Wan, Nurul cuti esok. Wan dah makan?
Wan : Dah, makan sikit je.
Nurul : Aik, sikit je? Wan diet eh.
*gelak terabur*
i miss you :'(
....................................................................
Ya Allah, kau tempatkanlah roh arwah Wan aku dalam kalangan orang yang beriman & beramal soleh. Amin.

"Kalau Nurul kat rumah, Nurul datang kubur Wan tau :). Nurul rindu Wan sangat-sangat :'("

Mama & arwah Wan
output otakku ; all alone.