Skip to main content

Im all alone.

Okay. setelah 20 hari, baru aku nak update belog ni.
Dah 20 hari since hari arwah Wan meninggal. :'(
Memang aku rindu, rindu dia sangat. Aku tau, aku bukan cucu yang paling baik, paling dia sayang. Aku tak selalu jumpa dia macam cousin aku jumpa dia. Diorang jumpa dia hari-hari, tak macam aku. Tapi aku tak pernah lupa dia. Sikit pun TIDAK. Sampai sekarang, still ingat. still rasa dia ada kat rumah ibu. Dari umur 6 tahun, aku duduk dengan dia. Dia lah yang selalu marah aku, sebab aku nakal, perangai kalah lelaki. Tapi aku redahkan je. Bila dah sekolah kat KL, aku tak selalu jumpa dia. Jumpa masa weekend ngan masa raya. Itu je yang mampu.
.................................................................
Sekarang dah masuk hari yang ke-20 arwah pergi tinggalkan semua.
Aku rindu sangat, selalu teringat dialog yang tak kan pernah miss setiap kali aku datang rumah ibu & pergi bilik dia.

Nurul : Assalamualaikum. :) Hai Wan.
Wan : Walaikumsalam. Eh, Nurul. Bila sampai?
Nurul : Baru je ni. Wan sehat?
Wan : Sihat macam tu je. Eh, besok tak sekolah, Nurul?
Nurul : Tak sekolah pun Wan, Nurul cuti esok. Wan dah makan?
Wan : Dah, makan sikit je.
Nurul : Aik, sikit je? Wan diet eh.
*gelak terabur*
i miss you :'(
....................................................................
Ya Allah, kau tempatkanlah roh arwah Wan aku dalam kalangan orang yang beriman & beramal soleh. Amin.

"Kalau Nurul kat rumah, Nurul datang kubur Wan tau :). Nurul rindu Wan sangat-sangat :'("

Mama & arwah Wan
output otakku ; all alone.

Comments

Unknown said…
Alfatihah buat your Wan
s a r e e z a said…
Thanks rozuan :) May Allah bless you, friend.
Randy said…
OMG I'm so sorry for your loss... stay strong ok?

Popular posts from this blog

Bratislava, Slovakia

Day trip ke bandaraya Bratislava. Lama sungguh rasanya tak menaip kat blog. Kira-kira 3 tahun lebih. Oh hampir sebaya Jazzy. Entri kalini nak tuju khas buat trip ke Bratislava semalam.  ......................................................................................................................................................................... Benda adhoc ni jarang tak menjadi.  Rancang malam sebelumnya, terus on. Perjalanan makan masa satu jam dari Vienna, Austria ke Bratislava-Hlavna Stanica.  Tiket 11.20 Euro sehala. Kalau pergi lebih sorang, print 1 tiket boleh save 0.40 Euro sorang.  So, sampai je kat stesen tu, terus beli tiket untuk ground transportation untuk 24 jam (unlimited zones) - harga 6.30 Euro kalau beli pakai apps.  Tempat-tempat yang sempat kami singgah: 1. St. Elizabeth Church yang dikenali sebagai Blue Church 2. Slovak National Theatre 3. Schoene Naci Statue yang dikenali sebagai Bratislava Statute 4. Rubberneck (Cumil) 5. Bridge of Slovak Uprising, UFO  6

Kabur

Makin hari makin pening. Pening fikir apa menu yang nak disediakan. Sebab apa? Sebab aku jenis tak boleh makan benda sama setiap hari kecuali poyok! Nak tau macam mana aku lulus ujian berpantang yang setiap kali makanan yang dihidang adalah ikan selar panggang dengan bawang putih dan sawi + lobak putih tumis air. Setiap kali nak suap makanan bosan tu, aku bayangkan mekdi, kepci, Carl’s Jr dan sebagainya. Ha! Baru dapat idea, nak adakan menu special ikan kembung rebus goreng, ulam, budu & sambal durian. Nyumssss! See you! output otakku: kusut

January 9th, 2018

Entri pertama buat tahun 2018. It's been a while. Aku acacah sibuk bekerja. Ecewah! ..................................................................................... Entri kali ini aku nak tujukan khas buat bakal food-hunter kami (aku & kenalan). Selamat datang ke dunia makanan di Malaysia, tunggu masa yang sesuai nanti kita redah jjcm k. Ada dua entri yang aku bercerita pasal kenalanku ini. Basically, kenalan aku tu lah yang buat kejutan dan tak memasal buat aku marah pada mulanya, iaitu datang dengan mak ayah beliau ke rumah parents aku untuk merisik. Kenapa aku marah? Sebab pada ketika itu, aku kat Jepun atas urusan kerja. Ngko bayangkan takde hint apa-apa tetiba ayah Facetime aku yang masa tu baru selesai solat Zohor, tunjuk sedara mara aku kat umah dan tetiba aku ternampak kenalan aku tu.  Mana aku tak terkejut. Eh ngko bayangkan je lah. Okay mulai ayat ni, kita panggil kenalan aku tu Jay . Cerita dia aku kena kahwin dalam masa tiga bulan. Hat tu kita cerita