Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

NUKE-hood

21 October 2012 adalah sejarah buat aku. Macam-macam benda jadi pada tarikh ni.  Hari lahir adik kesayangan aku buat kali ke-17 mengikut kalendar kapir. Hari Konvokesyen aku. Hari pemergian arwah atuk saudara aku di Bangi, pagi tu.  Member baik melawat setelah sebulan tak jumpa jalan balik Malaysia. Hari itu sangat bersejarah dan aku takkan lupa selagi aku tak hilang ingatan. Gambaq kecik atas tu. Itulah memember rapat aku. Susah senang gembira sedih macam-macam aku lalui dengan diorang. Dah macam siblings. Tahniah buat semua yang berjaya konvo pada masa yang ditetapkan. Alhamdulillah. We made it!  Sayang korang semua.  output otakku ; pelangi lepas hujan

What Did I Do Wrong ?

Hello kembali kepada semua. Nak kata busy, itu dusta.  Takdelah busy sangat cuma kadangkala nak on si Petom ni pun aku pikir banyak kali.  Takut juga masa aku dibazirkan dengan dia je. Semester lepas, aku ada Latihan Ilmiah.  Thesis tu, macam setiap orang kena buat pabila berada di final year.  Terlampau sibuk dengan lab, sampaikan masa makan, tidur pun jadi tunggang terbalik.  Jenguk mama ayah adik di rumah pun jarang.  Eh, apa yang aku cuba sampaikan ni ? ah, abaikan. ini blog aku. .................................................................................. Sekarang, tengah menjalani latihan industri di Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Kuala Lumpur.  Lagi sebulan, then im off to go. Terus-terusan menjadi orang yang tidak buat apa-hanya menunggu hari bahagia (read : konvokesyen). Permudahkan perjalananku & rakan-rakan. Amin Tidak lupa, Salam Aidilfitri buat semua. output otakku ; zero

Entri pertama pada 2012

Hari ni hari ketiga pada tahun 2012. Cepatnya masa berlalu. Tak silap aku, baru je aku perasan kat tv haritu ramai orang duk tunggu buga api. Walaupun dah masuk tahun 2012. Aku, still tak start study untuk final exam. Konon nak siapkan thesis la ape. Sama je, thesis pun terhegeh-hegeh aku nak siapkan. Nak tunggu mood thesis datang, memang tak payah la. Sampai ke sudah pun tak datang nanti. Khamis ni forst paper : Nuclear Law. Semoga aku dan kawan-kawan boleh menjawab soalan dengan tenang macam budak-budak Law. Semoga dipermudahkan, Amin.  ........................................................................ Few things yang aku nak buat by this week, tapi tak terbuat-buat jugak : 1. Study Law (Waste Management & NPT) 2. Siapkan thesis 3. Laundry 4. Mandikan Dino Ini sahaja setakat ni. Harap semua berjalan lancar dan aku pun takde rasa malas nak mampus.  Sekarang ni aku baru terhegeh-hegeh buat chapter 3 : Methodology. Jumaat kena hantar. Ye, sebagai tuan empuny