Skip to main content

January 9th, 2018

Entri pertama buat tahun 2018.
It's been a while. Aku acacah sibuk bekerja. Ecewah!

.....................................................................................

Entri kali ini aku nak tujukan khas buat bakal food-hunter kami (aku & kenalan).
Selamat datang ke dunia makanan di Malaysia, tunggu masa yang sesuai nanti kita redah jjcm k.

Ada dua entri yang aku bercerita pasal kenalanku ini.
Basically, kenalan aku tu lah yang buat kejutan dan tak memasal buat aku marah pada mulanya, iaitu datang dengan mak ayah beliau ke rumah parents aku untuk merisik. Kenapa aku marah? Sebab pada ketika itu, aku kat Jepun atas urusan kerja. Ngko bayangkan takde hint apa-apa tetiba ayah Facetime aku yang masa tu baru selesai solat Zohor, tunjuk sedara mara aku kat umah dan tetiba aku ternampak kenalan aku tu.  Mana aku tak terkejut. Eh ngko bayangkan je lah. Okay mulai ayat ni, kita panggil kenalan aku tu Jay.

Cerita dia aku kena kahwin dalam masa tiga bulan. Hat tu kita cerita nanti. Maksud aku entri lain. Ni aku nak menaip pasal Junior kami! Wahaha. Terkejut, marah, adhoc, Junior?
Well, this is our story. Enjoy.

.....................................................................................

8hb Januari 2018 (Isnin)

Pada tarikh ni, aku diarahkan untuk masuk ke wad di Hospital Kerajaan. In other word, aku kena serahkan diri. LOL. Doktor pesan masa check up W37, sekiranya dari minggu ke-38 hingga 8hb Januari (minggu ke-40) aku tak bersalin lagi, aku kena serah diri ke hospital.

Jadi, aku pun siap sedia nak ke hospital yang sepatutnya daftar jam 8 pagi. Tapi, Jay ajak sarapan. Siap tanya aku ada mengidam apa-apa sebelum nak masuk wad ni. Macam biasa, takde apa yang aku idamkan hahah. Sebab pesen orang cam aku ni, ntah apa-apa. Kenapa sebenarnya aku tak mengidam saat-saat tu? Sebab aku ada fikir taknak susahkan jururawat ke bidan ke untuk bersihkan kot aku terberak kat dewan bersalin. Nyata sungguh aku tak tipu, aku pun tak tahu kenapa aku boleh terfikir macam tu pada saat tu. Wakaka!

Oh pasal sarapan, Jay bawa aku ke Warung Kita Ampang untuk pekena nasi kak wok memandangkan food hunt partner aku ni memang tahu aku dan ayam adalah bagai isi dan kuku. Aku makan pun cam selera tak selera sebab ngko tau la kan, dah kena serah diri untuk bersalin. Kau rasa apa yang aku rasa? Selera lagi ke nak makan haha!

Sampai kat hospital, aku pergi daftar wad dan tunggu Jay untuk kami terus naik ke wad 4C. Masa sampai tu, katil untuk pesakit yang pakai GL (ye, aku kakitangan kerajaan) masih penuh. Jadi untuk sementara waktu, aku ditempatkan di wad yang lebih terbuka, katil 8. Lepas tukar baju dan kain pink (aku sangat lah teruja, jarang sangat pakai atas bawah warna shocking pink), Jay kena gerak balik sebab belum waktu melawat. Jururawat pasangkat mesin Cardiotocography untuk monitor jantung bayi. Doktor dah periksa aku dan rancang untuk induced jam 7 pagi esok (9hb Januari: tarikh yang dijangka untuk aku bersalin). Kira ni dah takde jangkaan lagi, ni betul punya cerita yang aku nak taknak kena bersalin esoknya.  Mana tak berdebor weh.

Pada waktu melawat, suami temankan aku di wad. Aku ulang-ulang duk minta maaf kat dia atas semua perbuatan yang membuatkan dia kecil hati dan sebagainya, mohon dia doakan aku untuk dipermudahkan bersalin. Jay pun ulang-ulang duk bagitahu aku yang dia dah maafkan semuanya. Bukan aku tak puas hati duk ulang, cuma aku berdebar, sebak semua perasaan ada.

Malam tu, aku hantar mesej ke Mama, Ayah, Adik untuk maafkan aku dan doakan juga agar urusan bersalin aku dipermudahkan. Halalkan makan minum dan apa yang terlebih terkurang. Sekadar berkongsi, ini yang ayah aku balas.
"Ayah dah maafkan kau adik-beradik tiap-tiap malam sebelum tidur....Ayah doakan kau menghadapi dengan tenang untuk menjadai seorang ibu.... Redha lah, serahkan dirimu dengan Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang...Siapa yang tak sayang anak"
Bukan menitik air mata aku, deras je aku rasa air yang agak suam-suam mengalir. Sampai tersedu-sedu. Dalam dan halus mesej tu. Ayah suruh aku redha, serahkan diri kepada pencipta. Allahu, tak dapat aku ungkap dengan kata-kata.

9hb Januari 2018

Pagi tu jam 6.50 pagi Doktor Emily check jalan dan baru 1 cm. Doktor pun teruskan dengan rancangan untuk induced. Pada masa yang sama doktor pun ada bagitahu yang maksimum induced hanya tiga (3) kali. 6 jam selepas induced, doktor akan check jalan (dilation). Pada masa tu, kira-kira jam 12.50, doktor akan check lagi jalan dan kalau masih tiada progress, doktor akan induced lagi. Alhamdulillah, pad masa tu kira-kira jam 2 petang (lepas waktu melawat), Dr Sheikh check jalan dah 3.5cm dan beliau bantu sikit ke 4cm. Dr terus masukkan nama aku ke senarai menunggu untuk masuk Dewan Bersalin (LR). Sementara tunggu tu, Jururawat dah bagi aku baju biru (LR punya uniform) untuk tukar. Aku terus jalan-jalan kat wad ke hulu ke hilir.

Tepat jam 4.20 petang, aku dibawa ke LR oleh jururawat yang bertugas. Masa tu, Jay tunggu di pintu wad 4C sebab masih belum waktu melawat. Sengih aku pandang dia, fistbump la apa lagi. Seronok nampak suami sendiri sebab dia dapat teman aku ke LR. Masuk dalam pintu LR, Jay kena tunggu luar dulu. Jururawat yang bawa aku, tolak wheelchair ke satu bilik yang agak kecil hanya memuatkan kelengkapan bersalin dan handover kepada bidan yang bertugas di bilik tu. Aku naik atas katil, CTG dipasang untuk pantau jantung bayi. Selesai temubual sikit, baru Jay dibenarkan masuk ke bilik tu. Yang terkejutnya, suami boleh duk sebelah aku je. Wohoo!

Masa tu aku masih belum rasa sakit. Ada seorang Doktor yang bertugas pada masa tu dia nak pecahkan air ketuban. Mulanya dia check dulu jalan dan kata 3cm. Aik, aku pelik. Nak masuk LR kena 4cm. Jadi dia pun minta bidan yang check balik kot dia tersalah. Bidan sahkan bukaan 4cm. Lega sikit. Pheww. Lepas pecahkan air ketuban, ada la sikit-sikit aku rasa karen (current). 5.30 petang rasa masih lagi sikit-sikit. Dr ada bagitau selepas pecahkan air ketuban yang bukaan dijangka akan tambah 1cm pada setiap 1 jam. Aku congak dan anggar dalam jam 10 malam ni aku akan bersalin.

Tiba-tiba ada seorang doktor lelaki berbangsa cina, badan agak berisi dan berketinggian lelaki asia masuk ke bilik tu. Dia tanya aku tak sakit ke dan buat dia nak check bukaan. Dia check masa tu 6cm dan dia ada bagitau aku kalau kejap lagi dia datang aku masih bertenang macam tu, dia akan masukkan ubat tambah sakit (induced) yang masuk melalui branula. Sempat dia goncang perut aku, masa tu tuhan je tahu apa aku rasa dan nak tendang Dr tu sangat positif. Haha! Hey kau ugut aku ke? Haha.

Jam 7 petang aku dah mula rasa sakit yang agak kerap. Jay nak keluar kejap nak solat Maghrib. Aku sakit selama seminit, reda selama seminit dan ia berulang sampai dekat jam 8 malam. Masa reda tu, aku sempat lelap. Bila sakit, aku bangun. Bila reda, aku lelap. Otak masih fikir yang aku perlukan tenaga untuk teran. Hewhew. Jay dah selesai solat terus datang ke bilik tu. Masa tu sangat crucial dan aku perlukan pompom husband. Aku pegang tangan dia, aku salam dan cium tangan. Aku bisik kat dia untuk maafkan aku. Masa tu aku dapat rasakan yang aku bakal untuk "tak dapat berfikir secara waras sebab tahan sakit". Sakit makin intense, aku rasa macam pinggang nak tercabut. Masih boleh layan sebab aku percaya Allah bagi nikmat ni ada himahnya dan Dia tahu kemampuan wanita untuk melahirkan zuriat ke dunia. Aku ingat mesej ayah, aku kena redha dan serahkan semuanya kepadaNya.

Jam 9 malam aku rasa nak terberak sangat, tapi aku duk tahan dulu sebab terfikir anak buah aku pesan jangan teran selagi belum masa. Aku pun duk kepit-kepit tahan. Tapi kau bayangkan la, dia macam dah hujung-hujung dan kau tahan. Bidan baru tukar syif, pergi tukar scrubs. Bidan yang petang minta aku mengiring, senang nak pantau. Aku mengiring dan dia check jalan katanya sikit je lagi nak 10cm. Bidan baru tukar syif masuk je, dia nak check balik jalan. Suami aku pun kononnya nak pergi belakang langsir. Bidan tu kata tak payah dah nak beranak ni, maksudnya dilation 10cm dan aku dah sesuai untuk teran.

Jam  9.18 malam ketika tu, dia minta aku tenang, kalau rasa contraction, tarik nafas dan teran pandang perut. Aku pun semangat dah ni in position. Pastu krik krik kejap sebab contraction yang beriya masa aku rasa nak terberak tu tak datang lagi. Sempat aku minta tolong kat kat bidan untuk tolak kan sikit kaki aku. Contraction kembali, aku ikut nasihat bidan. Tiga kali teran, rasa ada benda meluncur keluar dan nangis. Fuh, lega. Kalau kita berak tu, rasa cam fuh lega tahi besar dah keluar. Aku jenguk sikit, berdebar pun ada. Bukan mengharapkan keluar sebiji kereta tapi tu kan pertama kali melahirkan. Teruja!

Bidan tunjuk genitals baby untuk aku sahkan dan letak baby dekat dada sambil suami azankan. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan zuriat ni dan nikmat sakit yang aku rasa.

Selesai reconstruction haha, sambil baby dapat injection Hep B, aku tukar unifirm wad (pink head to toe), naik atas katil dengan baby kat kaki untuk ditolak ke wad 4C. Jay tunggu kat wad dengan bubur Mekdi. Agak-agak aku makan ke? Haruslah tidak. Kesian Jay tahan lapar dari jam 2 petang sampai 10.30 malam baru dapat makan ciken burger mekdi.

Terima kasih buat suami yang tak terkata kasih dan sayangku padamu ecewah, teman saya dari awal sampai akhir. Alhamdulillah.

output otakku; Syukur. Dari kawan lepak, kawan food hunt, kawan baik, tunang 5 minit ke suami hingga Surgaaa.


Comments

Popular posts from this blog

Im all alone.

Okay. setelah 20 hari, baru aku nak update belog ni. Dah 20 hari since hari arwah Wan meninggal. :'( Memang aku rindu, rindu dia sangat. Aku tau, aku bukan cucu yang paling baik, paling dia sayang. Aku tak selalu jumpa dia macam cousin aku jumpa dia. Diorang jumpa dia hari-hari, tak macam aku. Tapi aku tak pernah lupa dia. Sikit pun TIDAK. Sampai sekarang, still ingat. still rasa dia ada kat rumah ibu. Dari umur 6 tahun, aku duduk dengan dia. Dia lah yang selalu marah aku, sebab aku nakal, perangai kalah lelaki. Tapi aku redahkan je. Bila dah sekolah kat KL, aku tak selalu jumpa dia. Jumpa masa weekend ngan masa raya. Itu je yang mampu. ................................................................. Sekarang dah masuk hari yang ke-20 arwah pergi tinggalkan semua. Aku rindu sangat, selalu teringat dialog yang tak kan pernah miss setiap kali aku datang rumah ibu & pergi bilik dia. Nurul : Assalamualaikum. :) Hai Wan. Wan : Walaikumsalam. Eh, Nurul. Bila sampai? Nurul : Baru je ...

Bratislava, Slovakia

Day trip ke bandaraya Bratislava. Lama sungguh rasanya tak menaip kat blog. Kira-kira 3 tahun lebih. Oh hampir sebaya Jazzy. Entri kalini nak tuju khas buat trip ke Bratislava semalam.  ......................................................................................................................................................................... Benda adhoc ni jarang tak menjadi.  Rancang malam sebelumnya, terus on. Perjalanan makan masa satu jam dari Vienna, Austria ke Bratislava-Hlavna Stanica.  Tiket 11.20 Euro sehala. Kalau pergi lebih sorang, print 1 tiket boleh save 0.40 Euro sorang.  So, sampai je kat stesen tu, terus beli tiket untuk ground transportation untuk 24 jam (unlimited zones) - harga 6.30 Euro kalau beli pakai apps.  Tempat-tempat yang sempat kami singgah: 1. St. Elizabeth Church yang dikenali sebagai Blue Church 2. Slovak National Theatre 3. Schoene Naci Statue yang dikenali sebagai Bratislava Statute 4. Rubberneck (Cumil) 5. Bridge of...

Hujan

Sarawak, Bandar Kuching (Kitty cat meow) Kira-kira ada gap  tiga tahun dari entri sebelum.  Entah sibuk sangat ke apa, tahu-tahu geng Jazzy dan bertambah dua orang. Pantas betul masa berlalu kan? Since my desk mate ni cakap. Tebal habuk blog. Jadi, kita tambah la entri untuk harini merangkap tahun ni punya entri.  ......................................................................................... Aku tengah berkursus at the moment. Mengantuk sangat sampai perlu menaip supaya tak tertidur.  Cikgu kat depan tengah terangkan pasal cipher, tapi mata ni masih nak terlelap.  Cuaca di bumi kenyalang ni mendung kelabu, petang-petang akan hujan sampai la tengah malam.  Sejuk tu tak payah cakap, nak mandi pun kena jerang air.  Semalam dah try laksa sarawak, a day before kolok goreng.  What else eh ? output otakku : mendung kelabu <3