Skip to main content

Pelangi

Lama betul tak update blog.
Mungkin sibuk, mungkin juga buat-buat sibuk.
_____________________________________________________

Something to share.
Seingat aku, ada pernah post entry bertajuk "Barakah dan F&F".
Ke sana bersama seorang kenalan. Ya seorang kenalan.
Jom kita mula mengimbau kenangan yang tak mungkin akan aku lupa. Haha.
_____________________________________________________

Kenalan ini, aku kenal masa ada another kenalan (read : Abu) ajak aku ke Stadium Bukit Jalil untuk sama-sama tengok perlawanan Bola Baling sempena Temasya Sukma tak salah aku tahun 2011.
Abu dengan konfidennya tak maklum pada aku langsung berkenaan kenalan dia ni.
Setibanya aku di lapang parkir Stadium Bukit Jalil, aku ketik-ketik papan kekunci talipon yang tak berapa nak pintar pada ketika itu, hanya sekadar lakonan. (Biasalah, bila segan atau nervous, kita akan ada tendency untuk buat apa-apa asalkan dapat menyorokkan rasa nervous tu).
 "Jom", kata Abu. Setelah beliau nampak kenalannya itu.
Aku keluar dari Dino (kereta aku), dan mula berjalan ke arah kenalan Abu. Aku tak angkat kepala pun (acah-acah malu), sebenarnya segan dan aku pun tak tahu kenapa. Abu tidak pun maklumkan jantina kenalannya itu sebelum kami tiba di sana. Aku pun dengan bajet cool  jalan ke arah kenalan Abu tu.
"Ya rabbi, tinggi nya makhluk ni", monolog aku dalam hati.
Aku hanya berjaya ukirkan sengihan kerang aku (macam biasa) dan kenalan Abu pun sengih juga. Manis betul senyuman dia, masih aku teringat sampai hari ini. Berbaju merah sedondon dengan warna sepatu Toms yang beliau pakai, berseluar pendek paras lutut.

"You, tanya member you kat mana surau, I tak solat lagi ni", siku ku kepada Abu.
Sejujurnya Abu pun tak tahu lokasi surau, bertanya ke kenalannya yang dipanggil , Jay. Jay dengan bersungguh mengajak kami ke lokasi surau, barangkali Jay sangat arif dengan lokasi-lokasi di Stadium Bukit Jalil ni. Senyum dia, sungguh manis aku tak tipu. Aku macam biasa bebuat rilek.
Setibanya di Pusat Akuatik di kawasan Stadium tu, aku difahamkan yang surau hanya di gate masuk pusat tersebut. Setelah menunaikan apa yang wajib, aku pun keluar ke gate tersebut dan terlihat Abu dan Jay masing-masing sedang menghembus asap rokok sambil ketawa.
"Jay kenal you, dia kata nama you Nurul Sareeza Azidin", kata Abu.
Secara spontan aku terus tanya kepada Jay samada kenal melalui Facebook atau Twitter. Dia hanya lontarkan senyuman manisnya. Damn. Macam mana aku nak terima jawapan macam tu? Abu jua menambah yang Jay ada chinggey yang merupakan pemain sukan bagi salah satu negeri di Malaysia dan katanya Jay's sekolah di sekolah yang sama dengan aku.

Seingat aku, ada beberapa nama yang aku boleh teka dengan alasan aku kenal mereka semuanya. Satu-satu nama aku sebut, dan ketika tu Jay sengih kembali dan menafikan nama-nama tersebut. Kami pun terus ke dewan Bola Baling untuk melunaskan misi utama kami bertiga di situ.

Perlawanan habis, kami pun pulang.

Sejurus tiba di bilik, aku mula hidupkan Petom dan melayari Facebook. Aku sempat menghantar mesej ke Abu bertanyakan nama sebenar Jay. Mujur Abu balas dengan pantas dan aku langsung tak bazirkan masa terus taip nama sebenar Jay di search bar. Sungguh, Tuhan itu Maha kaya, profil Jay terpapar di Facebook view aku dan beliau adalah rakan alam maya ku sejak 2009.

Berderai ketawaku dan nyenyak tidur dalam senyuman.

Jadi, itulah cara yang boleh dikatakan spontan, aku mengenali kenalanku iaitu Jay.
____________________________________________________

Sejak dari peristiwa terjumpa secara tidak dirancang di stadium, kami ada juga keep in touch sebulan sekali, keluar food hunt sekali dalam tempoh satu semester sehingga 2012, sebelum aku menamatkan pengajian di UKM. Paling pasti, setiap kali Jay hendak pulang ke rumah kedua ibubapanya pada setiap hujung semester, beliau akan mengajakku untuk food hunt.

Sekian, untuk kali ini.
Insyaallah ada lagi yang seterusnya.
Kerna aku ingin berkongsi peristiwa yang masih dianggap spontan ini kepada semua.

output otakku; sengih.

Comments

Popular posts from this blog

People and Life

People. They grow old They learn They change They move on You? Never grow old Never learn Never change Stand still where you are at initially You want to be that "you"? Definitely a NO. Learn how to accept people Learn how to share things with others Learn how to consider others Learn how to accept that we will never be perfect. Never. Because the syllabus of life will never ends. output otakku : Smile even there's so much pain deep inside.

Kabur

Makin hari makin pening. Pening fikir apa menu yang nak disediakan. Sebab apa? Sebab aku jenis tak boleh makan benda sama setiap hari kecuali poyok! Nak tau macam mana aku lulus ujian berpantang yang setiap kali makanan yang dihidang adalah ikan selar panggang dengan bawang putih dan sawi + lobak putih tumis air. Setiap kali nak suap makanan bosan tu, aku bayangkan mekdi, kepci, Carl’s Jr dan sebagainya. Ha! Baru dapat idea, nak adakan menu special ikan kembung rebus goreng, ulam, budu & sambal durian. Nyumssss! See you! output otakku: kusut

Hujan

Sarawak, Bandar Kuching (Kitty cat meow) Kira-kira ada gap  tiga tahun dari entri sebelum.  Entah sibuk sangat ke apa, tahu-tahu geng Jazzy dan bertambah dua orang. Pantas betul masa berlalu kan? Since my desk mate ni cakap. Tebal habuk blog. Jadi, kita tambah la entri untuk harini merangkap tahun ni punya entri.  ......................................................................................... Aku tengah berkursus at the moment. Mengantuk sangat sampai perlu menaip supaya tak tertidur.  Cikgu kat depan tengah terangkan pasal cipher, tapi mata ni masih nak terlelap.  Cuaca di bumi kenyalang ni mendung kelabu, petang-petang akan hujan sampai la tengah malam.  Sejuk tu tak payah cakap, nak mandi pun kena jerang air.  Semalam dah try laksa sarawak, a day before kolok goreng.  What else eh ? output otakku : mendung kelabu <3