Skip to main content

Posts

NUKE-hood

21 October 2012 adalah sejarah buat aku. Macam-macam benda jadi pada tarikh ni.  Hari lahir adik kesayangan aku buat kali ke-17 mengikut kalendar kapir. Hari Konvokesyen aku. Hari pemergian arwah atuk saudara aku di Bangi, pagi tu.  Member baik melawat setelah sebulan tak jumpa jalan balik Malaysia. Hari itu sangat bersejarah dan aku takkan lupa selagi aku tak hilang ingatan. Gambaq kecik atas tu. Itulah memember rapat aku. Susah senang gembira sedih macam-macam aku lalui dengan diorang. Dah macam siblings. Tahniah buat semua yang berjaya konvo pada masa yang ditetapkan. Alhamdulillah. We made it!  Sayang korang semua.  output otakku ; pelangi lepas hujan

What Did I Do Wrong ?

Hello kembali kepada semua. Nak kata busy, itu dusta.  Takdelah busy sangat cuma kadangkala nak on si Petom ni pun aku pikir banyak kali.  Takut juga masa aku dibazirkan dengan dia je. Semester lepas, aku ada Latihan Ilmiah.  Thesis tu, macam setiap orang kena buat pabila berada di final year.  Terlampau sibuk dengan lab, sampaikan masa makan, tidur pun jadi tunggang terbalik.  Jenguk mama ayah adik di rumah pun jarang.  Eh, apa yang aku cuba sampaikan ni ? ah, abaikan. ini blog aku. .................................................................................. Sekarang, tengah menjalani latihan industri di Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Kuala Lumpur.  Lagi sebulan, then im off to go. Terus-terusan menjadi orang yang tidak buat apa-hanya menunggu hari bahagia (read : konvokesyen). Permudahkan perjalananku & rakan-rakan. Amin Tidak lupa, Salam Aidilfitri buat semua. output otakku ; zero

Entri pertama pada 2012

Hari ni hari ketiga pada tahun 2012. Cepatnya masa berlalu. Tak silap aku, baru je aku perasan kat tv haritu ramai orang duk tunggu buga api. Walaupun dah masuk tahun 2012. Aku, still tak start study untuk final exam. Konon nak siapkan thesis la ape. Sama je, thesis pun terhegeh-hegeh aku nak siapkan. Nak tunggu mood thesis datang, memang tak payah la. Sampai ke sudah pun tak datang nanti. Khamis ni forst paper : Nuclear Law. Semoga aku dan kawan-kawan boleh menjawab soalan dengan tenang macam budak-budak Law. Semoga dipermudahkan, Amin.  ........................................................................ Few things yang aku nak buat by this week, tapi tak terbuat-buat jugak : 1. Study Law (Waste Management & NPT) 2. Siapkan thesis 3. Laundry 4. Mandikan Dino Ini sahaja setakat ni. Harap semua berjalan lancar dan aku pun takde rasa malas nak mampus.  Sekarang ni aku baru terhegeh-hegeh buat chapter 3 : Methodology. Jumaat kena hantar. Ye, sebagai tu...

What so special ?

Will you stay away forever. ............................................        Since hari ini 11th November 2011, aku nak update blog ni. Dah berkurun rasanya. Ntah kenapa orang duk sembang pasal tarikh harini. Mungkin nombor lawa ke apa, aku tak sure. Kebetulan jatuh pada hari Jumaat ke, yang itu pun aku tak sure. Dari pukul 12 malam tadi, TL aku penuh dengan wish pasal tarikh tu & ada game nombor macam kat Fb dulu. Haha, segala yang kat Fb kalau nak bawak kat Twitter memang takde originality la. Karang tak pasal MafiaWars, Poker segala ada kat Twitter, macam mana ? Okay fullstop. Yang paling penting dari 7thNovember2011 cuti, sampai ke harini (tarikh yang kononnya bersejarah), aku tak siapkan lagi slide untuk presentation, lab report untuk 2-3 minggu lepas, study untuk midterm exams. *standingovation* Alasan untuk tidak menyiapkan segala homework tu ; Sibuk sangat (kononnya) siapkan proposal Petai Belalang tu (jahanam). Padan muka kau la dapat tajuk Petai h...

Yang Mana Satu?

Aku mulai tenang. Tenang-tenang sahaja seperti dulu. Seumpama zaman sekolah tadika Warna-Warni. Alhamdulillah, ketenangan itu, aku peroleh semula. Oh, itu ketenangan semalam. ...................................................................................... Dah sure dengan apa yang hendak di type . Ini merupakan senarai kerja yang belum selesai. 1. Kertas kerja program 2. Hadiah untuk kawan adik 3. Stack kan barang-barang dari bilik sendiri 4. Sampul surat untuk kad raya 5. Kad raya untuk kawan-kawan 6. Misi menyimpan semua Tupperware mama ke dalam lemari (Ada orang yang nak beli tak, Tupperware ni ada yang tak pernah keluar dari beg plastik) 7. Upload & update segala Shirts & Tshirts (semua benda) yang nak dijual (Lemari sudah rapuh & bakal roboh) 8. Perlukan pembantu untuk menggosok kesemua baju yang tidak terkira berapa helai itu Sambil tensi, sempat juga aku layan lagu Lenny pagi-pagi buta ni. Sementara menunggu azan Subuh. output otakku ; Yang mana harus saya b...

Missing You Is The Hardest Thing I've Ever Experienced

Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa aku rindukan kau. Setiap kali perasaan rindu tu datang, terus-menerus aku sedekahkan Al-Fatihah untuk kau. Berharap kau mendengar segala yang aku bacakan. Aku tetap merasakan yang kau masih ada di rumah ibu. Walaupun aku tahu, kau telah pergi meninggalkan aku. Tinggalkan semua. Ramadhan kali ini, Ramadhan yang pertama kau tiada disisi. Rasa kehilangan itu semakin terasa di saat mengerjakan Solat Terawikh. Tidak putus aku berdoa padaNya agar kau hidup bahagia disana, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman & beramal soleh. Aku berharap kita akan berjumpa kelak. Al-Fatihah output otakku ; apa yang terbuku dalam hati