Skip to main content

Posts

Aku & Lelaki

Aku Spesis yang bercakap sengih bercakap sengih. Pesyen tak mampu menolak usaha untuk menggembirakan homosapien yang lain. Paling diskaun sekali, senyum pun dah cukup. Bukan jenis sopan santun gelak tutup mulut. Gelak tanpa filter itu pasti. Cuba lah sembang dua-tiga kali tengok. .................................................................... Lelaki Majoriti kawan rapat terdiri daripada kaum ini. Ya, lelaki. Kebanyakan mereka yang tidak mempunyai sifat sensitip. Jadi, sifat tersebut pun kurang dalam diri ini. Lebih selesa beraktiviti dengan kaum ini, kerana mereka tidak banyak kerenah berbanding dengan yang perempuan. Makan, port lepak minum, aktiviti - semuanya tak kisah kebanyakannya. (pengakuan lahir daripada pengalaman sendiri) ..................................................................... Short hair Berpengalaman selama 17 tahun sejak celik pandang muka makayah dengan gaya slope. Agak-agak kalau rambut dah pendek ni, sifat keperempuanan mengusai diri ta...

Barakah dan F&F

Ralat untuk post sebelum ni. Februari tahun 2014 hanya 28 hari. Bukan 29 hari. Samada aku hilang ingatan bahawa tahun ni bukan tahun lompat ataupun aku bebuat tak tahu. ................................................................................ Barakah yang aku nak cerita adalah sebuah restoren melayu-jawa Aku agak je sebab kawasan tu memang dimonopoli orang Melayu berketurunan Jawa. Kronologinya bermula seperti dibawah : 1. Tiba di restoren F&F. Tekak meronta nak makan masakan Barat. (Sebenarnya jeles dengan parents yang asyik bercerita mengenai restoren ni. Dan ada seorang kenalan pun dah makan kat sini 2 kali. Lagi bertambah jeles) 2. Abang kedai yang ambik order merangkap cashier dan juga tukang masak beritahu cerita kurang best ke aku yang sedang eksaited nak makan. Otak terbayang fish & chips yang panas bersama tartar sauce. ah sedapnya. "Mintak maaf dik. Burger je ada time-time gini. Err dengan fries. Yang lain belum ada, sauce tak siap lagi", ka...

Februari

Bulan yang indah. 29 hari pada tahun ni. ................................................................. Kerja. Demi kampeni. Biasa dengan kerja-kerja admin, HR, Finance, Accounts, Operations (R&M). Demi bapak. Malam tadi bertungkus lumus dengan Standard Operating Procedure (SOP). Demi mama. Aku enjoy dengan semua yang aku buat. Demi diri sendiri. ................................................................. Kekangan masa? Ya! Masa sangat singkat. Banyak perkara perlu diselesaikan pada setiap hari. Rutin aku berbeza dengan kau. Jadinya, kita berbeza. ................................................................. Mapley. Al-Fariz Maju yang sekali dikunjung dalam kira-kira 2-3 bulan. Tempat gelak sakan dengan kawan. Tempat tengok bola skrin gergasi. Ayam tandoori, nan kima & oothapam spesel buat yang pertama kali jejak kaki. Mesti cuba! kalau taknak tergolong dalam orang yang rugi. ................................................................. ...

NUKE-hood

21 October 2012 adalah sejarah buat aku. Macam-macam benda jadi pada tarikh ni.  Hari lahir adik kesayangan aku buat kali ke-17 mengikut kalendar kapir. Hari Konvokesyen aku. Hari pemergian arwah atuk saudara aku di Bangi, pagi tu.  Member baik melawat setelah sebulan tak jumpa jalan balik Malaysia. Hari itu sangat bersejarah dan aku takkan lupa selagi aku tak hilang ingatan. Gambaq kecik atas tu. Itulah memember rapat aku. Susah senang gembira sedih macam-macam aku lalui dengan diorang. Dah macam siblings. Tahniah buat semua yang berjaya konvo pada masa yang ditetapkan. Alhamdulillah. We made it!  Sayang korang semua.  output otakku ; pelangi lepas hujan

What Did I Do Wrong ?

Hello kembali kepada semua. Nak kata busy, itu dusta.  Takdelah busy sangat cuma kadangkala nak on si Petom ni pun aku pikir banyak kali.  Takut juga masa aku dibazirkan dengan dia je. Semester lepas, aku ada Latihan Ilmiah.  Thesis tu, macam setiap orang kena buat pabila berada di final year.  Terlampau sibuk dengan lab, sampaikan masa makan, tidur pun jadi tunggang terbalik.  Jenguk mama ayah adik di rumah pun jarang.  Eh, apa yang aku cuba sampaikan ni ? ah, abaikan. ini blog aku. .................................................................................. Sekarang, tengah menjalani latihan industri di Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Kuala Lumpur.  Lagi sebulan, then im off to go. Terus-terusan menjadi orang yang tidak buat apa-hanya menunggu hari bahagia (read : konvokesyen). Permudahkan perjalananku & rakan-rakan. Amin Tidak lupa, Salam Aidilfitri buat semua. output otakku ; zero

Entri pertama pada 2012

Hari ni hari ketiga pada tahun 2012. Cepatnya masa berlalu. Tak silap aku, baru je aku perasan kat tv haritu ramai orang duk tunggu buga api. Walaupun dah masuk tahun 2012. Aku, still tak start study untuk final exam. Konon nak siapkan thesis la ape. Sama je, thesis pun terhegeh-hegeh aku nak siapkan. Nak tunggu mood thesis datang, memang tak payah la. Sampai ke sudah pun tak datang nanti. Khamis ni forst paper : Nuclear Law. Semoga aku dan kawan-kawan boleh menjawab soalan dengan tenang macam budak-budak Law. Semoga dipermudahkan, Amin.  ........................................................................ Few things yang aku nak buat by this week, tapi tak terbuat-buat jugak : 1. Study Law (Waste Management & NPT) 2. Siapkan thesis 3. Laundry 4. Mandikan Dino Ini sahaja setakat ni. Harap semua berjalan lancar dan aku pun takde rasa malas nak mampus.  Sekarang ni aku baru terhegeh-hegeh buat chapter 3 : Methodology. Jumaat kena hantar. Ye, sebagai tu...