Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Kabur

Makin hari makin pening. Pening fikir apa menu yang nak disediakan. Sebab apa? Sebab aku jenis tak boleh makan benda sama setiap hari kecuali poyok! Nak tau macam mana aku lulus ujian berpantang yang setiap kali makanan yang dihidang adalah ikan selar panggang dengan bawang putih dan sawi + lobak putih tumis air. Setiap kali nak suap makanan bosan tu, aku bayangkan mekdi, kepci, Carl’s Jr dan sebagainya. Ha! Baru dapat idea, nak adakan menu special ikan kembung rebus goreng, ulam, budu & sambal durian. Nyumssss! See you! output otakku: kusut

January 9th, 2018

Entri pertama buat tahun 2018. It's been a while. Aku acacah sibuk bekerja. Ecewah! ..................................................................................... Entri kali ini aku nak tujukan khas buat bakal food-hunter kami (aku & kenalan). Selamat datang ke dunia makanan di Malaysia, tunggu masa yang sesuai nanti kita redah jjcm k. Ada dua entri yang aku bercerita pasal kenalanku ini. Basically, kenalan aku tu lah yang buat kejutan dan tak memasal buat aku marah pada mulanya, iaitu datang dengan mak ayah beliau ke rumah parents aku untuk merisik. Kenapa aku marah? Sebab pada ketika itu, aku kat Jepun atas urusan kerja. Ngko bayangkan takde hint apa-apa tetiba ayah Facetime aku yang masa tu baru selesai solat Zohor, tunjuk sedara mara aku kat umah dan tetiba aku ternampak kenalan aku tu.  Mana aku tak terkejut. Eh ngko bayangkan je lah. Okay mulai ayat ni, kita panggil kenalan aku tu Jay . Cerita dia aku kena kahwin dalam masa tiga bulan. Hat tu kita cerita