Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Yang Mana Satu?

Aku mulai tenang. Tenang-tenang sahaja seperti dulu. Seumpama zaman sekolah tadika Warna-Warni. Alhamdulillah, ketenangan itu, aku peroleh semula. Oh, itu ketenangan semalam. ...................................................................................... Dah sure dengan apa yang hendak di type . Ini merupakan senarai kerja yang belum selesai. 1. Kertas kerja program 2. Hadiah untuk kawan adik 3. Stack kan barang-barang dari bilik sendiri 4. Sampul surat untuk kad raya 5. Kad raya untuk kawan-kawan 6. Misi menyimpan semua Tupperware mama ke dalam lemari (Ada orang yang nak beli tak, Tupperware ni ada yang tak pernah keluar dari beg plastik) 7. Upload & update segala Shirts & Tshirts (semua benda) yang nak dijual (Lemari sudah rapuh & bakal roboh) 8. Perlukan pembantu untuk menggosok kesemua baju yang tidak terkira berapa helai itu Sambil tensi, sempat juga aku layan lagu Lenny pagi-pagi buta ni. Sementara menunggu azan Subuh. output otakku ; Yang mana harus saya b

Missing You Is The Hardest Thing I've Ever Experienced

Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa aku rindukan kau. Setiap kali perasaan rindu tu datang, terus-menerus aku sedekahkan Al-Fatihah untuk kau. Berharap kau mendengar segala yang aku bacakan. Aku tetap merasakan yang kau masih ada di rumah ibu. Walaupun aku tahu, kau telah pergi meninggalkan aku. Tinggalkan semua. Ramadhan kali ini, Ramadhan yang pertama kau tiada disisi. Rasa kehilangan itu semakin terasa di saat mengerjakan Solat Terawikh. Tidak putus aku berdoa padaNya agar kau hidup bahagia disana, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman & beramal soleh. Aku berharap kita akan berjumpa kelak. Al-Fatihah output otakku ; apa yang terbuku dalam hati