Skip to main content

Posts

Bratislava, Slovakia

Day trip ke bandaraya Bratislava. Lama sungguh rasanya tak menaip kat blog. Kira-kira 3 tahun lebih. Oh hampir sebaya Jazzy. Entri kalini nak tuju khas buat trip ke Bratislava semalam.  ......................................................................................................................................................................... Benda adhoc ni jarang tak menjadi.  Rancang malam sebelumnya, terus on. Perjalanan makan masa satu jam dari Vienna, Austria ke Bratislava-Hlavna Stanica.  Tiket 11.20 Euro sehala. Kalau pergi lebih sorang, print 1 tiket boleh save 0.40 Euro sorang.  So, sampai je kat stesen tu, terus beli tiket untuk ground transportation untuk 24 jam (unlimited zones) - harga 6.30 Euro kalau beli pakai apps.  Tempat-tempat yang sempat kami singgah: 1. St. Elizabeth Church yang dikenali sebagai Blue Church 2. Slovak National Theatre 3. Schoene Naci Statue yang dikenali sebagai Bratislava Statute 4. Rubberneck (Cumil) 5. Bridge of Slovak Uprising, UFO  6
Recent posts

Kabur

Makin hari makin pening. Pening fikir apa menu yang nak disediakan. Sebab apa? Sebab aku jenis tak boleh makan benda sama setiap hari kecuali poyok! Nak tau macam mana aku lulus ujian berpantang yang setiap kali makanan yang dihidang adalah ikan selar panggang dengan bawang putih dan sawi + lobak putih tumis air. Setiap kali nak suap makanan bosan tu, aku bayangkan mekdi, kepci, Carl’s Jr dan sebagainya. Ha! Baru dapat idea, nak adakan menu special ikan kembung rebus goreng, ulam, budu & sambal durian. Nyumssss! See you! output otakku: kusut

January 9th, 2018

Entri pertama buat tahun 2018. It's been a while. Aku acacah sibuk bekerja. Ecewah! ..................................................................................... Entri kali ini aku nak tujukan khas buat bakal food-hunter kami (aku & kenalan). Selamat datang ke dunia makanan di Malaysia, tunggu masa yang sesuai nanti kita redah jjcm k. Ada dua entri yang aku bercerita pasal kenalanku ini. Basically, kenalan aku tu lah yang buat kejutan dan tak memasal buat aku marah pada mulanya, iaitu datang dengan mak ayah beliau ke rumah parents aku untuk merisik. Kenapa aku marah? Sebab pada ketika itu, aku kat Jepun atas urusan kerja. Ngko bayangkan takde hint apa-apa tetiba ayah Facetime aku yang masa tu baru selesai solat Zohor, tunjuk sedara mara aku kat umah dan tetiba aku ternampak kenalan aku tu.  Mana aku tak terkejut. Eh ngko bayangkan je lah. Okay mulai ayat ni, kita panggil kenalan aku tu Jay . Cerita dia aku kena kahwin dalam masa tiga bulan. Hat tu kita cerita

Pelangi

Lama betul tak update blog. Mungkin sibuk, mungkin juga buat-buat sibuk. _____________________________________________________ Something to share. Seingat aku, ada pernah post entry bertajuk "Barakah dan F&F". Ke sana bersama seorang kenalan. Ya seorang kenalan. Jom kita mula mengimbau kenangan yang tak mungkin akan aku lupa. Haha. _____________________________________________________ Kenalan ini, aku kenal masa ada another kenalan ( read : Abu) ajak aku ke Stadium Bukit Jalil untuk sama-sama tengok perlawanan Bola Baling sempena Temasya Sukma tak salah aku tahun 2011. Abu dengan konfidennya tak maklum pada aku langsung berkenaan kenalan dia ni. Setibanya aku di lapang parkir Stadium Bukit Jalil, aku ketik-ketik papan kekunci talipon yang tak berapa nak pintar pada ketika itu, hanya sekadar lakonan. (Biasalah, bila segan atau nervous, kita akan ada tendency  untuk buat apa-apa asalkan dapat menyorokkan rasa nervous tu).  "Jom", kata Abu. Setelah be

Italiano

Actually aku memang selalu beranggapan, belog ni tempat aku meluahkan benda yang aku buat dan takde siapapun yang akan baca. Sabtu lepas, aku take off  dari KLIA kira-kira dekat tengah malam ke Pisa, Itali. Terima kasih kepada semua yang sudi hantar aku sampai KLIA. Sangat menghargai pengorbanan masa korang. Aku serius. Tiba di Istanbul untuk transit selama 3 jam 35 minit, sebelum meneruskan perjalanan ke Pisa. Yes, Pisa. Tempat aku bekerja untuk 56 hari yang akan datang, 2 bulan nampak singkat. Jadi, aku letak dalam bentuk hari. Tiba kat Pisa ahad lepas, terus cari kedai talipon, untuk cari sim card . Ini memang aku punya prektis. Setiap kali tiba di negara orang, beli sim card supaya senang nak kontek sesiapa sekiranya ada kecemasan. Ambik kereta dekat Locauto (agensi sewa kereta), terus ke rumah sewa yang jaraknya kira-kira 18km dari airport Galileo Galilei. Enjoy dengan sinaran matahari, suhu dalam 25-26 darjah Celsius. Tapi yang tak best nya, sejuk ya amat. Mungkin l

People and Life

People. They grow old They learn They change They move on You? Never grow old Never learn Never change Stand still where you are at initially You want to be that "you"? Definitely a NO. Learn how to accept people Learn how to share things with others Learn how to consider others Learn how to accept that we will never be perfect. Never. Because the syllabus of life will never ends. output otakku : Smile even there's so much pain deep inside.

Cut The Crap

Aku usaha untuk hubungi orang yang berkenaan untuk update status paling terkini. Demi aku. Aku bersembang dengan orang berkenaan untuk semak keputusan. Demi aku Oh , we didn't receive anything since last year. Demi siapa, masa depan aku atau engkau? Aku kontek kau untuk tanyakan hal sebenar Demi aku Kau persoalkan soalan aku Demi kau Niat aku untuk diri sendiri, bukan untuk kau. Harap tak terperasan. output otakku : Gotcha!