Skip to main content

Posts

Hujan

Sarawak, Bandar Kuching (Kitty cat meow) Kira-kira ada gap  tiga tahun dari entri sebelum.  Entah sibuk sangat ke apa, tahu-tahu geng Jazzy dan bertambah dua orang. Pantas betul masa berlalu kan? Since my desk mate ni cakap. Tebal habuk blog. Jadi, kita tambah la entri untuk harini merangkap tahun ni punya entri.  ......................................................................................... Aku tengah berkursus at the moment. Mengantuk sangat sampai perlu menaip supaya tak tertidur.  Cikgu kat depan tengah terangkan pasal cipher, tapi mata ni masih nak terlelap.  Cuaca di bumi kenyalang ni mendung kelabu, petang-petang akan hujan sampai la tengah malam.  Sejuk tu tak payah cakap, nak mandi pun kena jerang air.  Semalam dah try laksa sarawak, a day before kolok goreng.  What else eh ? output otakku : mendung kelabu <3 

Bratislava, Slovakia

Day trip ke bandaraya Bratislava. Lama sungguh rasanya tak menaip kat blog. Kira-kira 3 tahun lebih. Oh hampir sebaya Jazzy. Entri kalini nak tuju khas buat trip ke Bratislava semalam.  ......................................................................................................................................................................... Benda adhoc ni jarang tak menjadi.  Rancang malam sebelumnya, terus on. Perjalanan makan masa satu jam dari Vienna, Austria ke Bratislava-Hlavna Stanica.  Tiket 11.20 Euro sehala. Kalau pergi lebih sorang, print 1 tiket boleh save 0.40 Euro sorang.  So, sampai je kat stesen tu, terus beli tiket untuk ground transportation untuk 24 jam (unlimited zones) - harga 6.30 Euro kalau beli pakai apps.  Tempat-tempat yang sempat kami singgah: 1. St. Elizabeth Church yang dikenali sebagai Blue Church 2. Slovak National Theatre 3. Schoene Naci Statue yang dikenali sebagai Bratislava Statute 4. Rubberneck (Cumil) 5. Bridge of...

Kabur

Makin hari makin pening. Pening fikir apa menu yang nak disediakan. Sebab apa? Sebab aku jenis tak boleh makan benda sama setiap hari kecuali poyok! Nak tau macam mana aku lulus ujian berpantang yang setiap kali makanan yang dihidang adalah ikan selar panggang dengan bawang putih dan sawi + lobak putih tumis air. Setiap kali nak suap makanan bosan tu, aku bayangkan mekdi, kepci, Carl’s Jr dan sebagainya. Ha! Baru dapat idea, nak adakan menu special ikan kembung rebus goreng, ulam, budu & sambal durian. Nyumssss! See you! output otakku: kusut

January 9th, 2018

Entri pertama buat tahun 2018. It's been a while. Aku acacah sibuk bekerja. Ecewah! ..................................................................................... Entri kali ini aku nak tujukan khas buat bakal food-hunter kami (aku & kenalan). Selamat datang ke dunia makanan di Malaysia, tunggu masa yang sesuai nanti kita redah jjcm k. Ada dua entri yang aku bercerita pasal kenalanku ini. Basically, kenalan aku tu lah yang buat kejutan dan tak memasal buat aku marah pada mulanya, iaitu datang dengan mak ayah beliau ke rumah parents aku untuk merisik. Kenapa aku marah? Sebab pada ketika itu, aku kat Jepun atas urusan kerja. Ngko bayangkan takde hint apa-apa tetiba ayah Facetime aku yang masa tu baru selesai solat Zohor, tunjuk sedara mara aku kat umah dan tetiba aku ternampak kenalan aku tu.  Mana aku tak terkejut. Eh ngko bayangkan je lah. Okay mulai ayat ni, kita panggil kenalan aku tu Jay . Cerita dia aku kena kahwin dalam masa tiga bulan. Hat tu kita cerita...

Pelangi

Lama betul tak update blog. Mungkin sibuk, mungkin juga buat-buat sibuk. _____________________________________________________ Something to share. Seingat aku, ada pernah post entry bertajuk "Barakah dan F&F". Ke sana bersama seorang kenalan. Ya seorang kenalan. Jom kita mula mengimbau kenangan yang tak mungkin akan aku lupa. Haha. _____________________________________________________ Kenalan ini, aku kenal masa ada another kenalan ( read : Abu) ajak aku ke Stadium Bukit Jalil untuk sama-sama tengok perlawanan Bola Baling sempena Temasya Sukma tak salah aku tahun 2011. Abu dengan konfidennya tak maklum pada aku langsung berkenaan kenalan dia ni. Setibanya aku di lapang parkir Stadium Bukit Jalil, aku ketik-ketik papan kekunci talipon yang tak berapa nak pintar pada ketika itu, hanya sekadar lakonan. (Biasalah, bila segan atau nervous, kita akan ada tendency  untuk buat apa-apa asalkan dapat menyorokkan rasa nervous tu).  "Jom", kata Abu. Setelah be...

Italiano

Actually aku memang selalu beranggapan, belog ni tempat aku meluahkan benda yang aku buat dan takde siapapun yang akan baca. Sabtu lepas, aku take off  dari KLIA kira-kira dekat tengah malam ke Pisa, Itali. Terima kasih kepada semua yang sudi hantar aku sampai KLIA. Sangat menghargai pengorbanan masa korang. Aku serius. Tiba di Istanbul untuk transit selama 3 jam 35 minit, sebelum meneruskan perjalanan ke Pisa. Yes, Pisa. Tempat aku bekerja untuk 56 hari yang akan datang, 2 bulan nampak singkat. Jadi, aku letak dalam bentuk hari. Tiba kat Pisa ahad lepas, terus cari kedai talipon, untuk cari sim card . Ini memang aku punya prektis. Setiap kali tiba di negara orang, beli sim card supaya senang nak kontek sesiapa sekiranya ada kecemasan. Ambik kereta dekat Locauto (agensi sewa kereta), terus ke rumah sewa yang jaraknya kira-kira 18km dari airport Galileo Galilei. Enjoy dengan sinaran matahari, suhu dalam 25-26 darjah Celsius. Tapi yang tak best nya, sejuk ya amat. Mungk...

People and Life

People. They grow old They learn They change They move on You? Never grow old Never learn Never change Stand still where you are at initially You want to be that "you"? Definitely a NO. Learn how to accept people Learn how to share things with others Learn how to consider others Learn how to accept that we will never be perfect. Never. Because the syllabus of life will never ends. output otakku : Smile even there's so much pain deep inside.

Cut The Crap

Aku usaha untuk hubungi orang yang berkenaan untuk update status paling terkini. Demi aku. Aku bersembang dengan orang berkenaan untuk semak keputusan. Demi aku Oh , we didn't receive anything since last year. Demi siapa, masa depan aku atau engkau? Aku kontek kau untuk tanyakan hal sebenar Demi aku Kau persoalkan soalan aku Demi kau Niat aku untuk diri sendiri, bukan untuk kau. Harap tak terperasan. output otakku : Gotcha!

Holiday

Tak dinafikan sejak kerja, cuti adalah benda yang paling jarang gua mohon. Lupa rasa nikmat berehat lama. Lupa rasa nikmat bercuti, enjoy di tempat orang. Maaf buat makpak, adik dan kesayangan yang lain di atas sebab-sebab kerja, gua tak mampu sumbang masa dengan kamu semua. Sometimes I don't even understand myself for being very committed with things which I assigned for. Mampuih pi la nak type bahasa mat saleh pulak kan. Nothing worth having comes easy.

Untold

You, them & others, I can't never make assumptions, I can't never judge I can't never evaluate Because I trusted Him and I know He arranged things perfectly in place.  Me, You can make assumptions, You can judge, You can evaluate. Because this is life.

Aku & Lelaki

Aku Spesis yang bercakap sengih bercakap sengih. Pesyen tak mampu menolak usaha untuk menggembirakan homosapien yang lain. Paling diskaun sekali, senyum pun dah cukup. Bukan jenis sopan santun gelak tutup mulut. Gelak tanpa filter itu pasti. Cuba lah sembang dua-tiga kali tengok. .................................................................... Lelaki Majoriti kawan rapat terdiri daripada kaum ini. Ya, lelaki. Kebanyakan mereka yang tidak mempunyai sifat sensitip. Jadi, sifat tersebut pun kurang dalam diri ini. Lebih selesa beraktiviti dengan kaum ini, kerana mereka tidak banyak kerenah berbanding dengan yang perempuan. Makan, port lepak minum, aktiviti - semuanya tak kisah kebanyakannya. (pengakuan lahir daripada pengalaman sendiri) ..................................................................... Short hair Berpengalaman selama 17 tahun sejak celik pandang muka makayah dengan gaya slope. Agak-agak kalau rambut dah pendek ni, sifat keperempuanan mengusai diri ta...

Barakah dan F&F

Ralat untuk post sebelum ni. Februari tahun 2014 hanya 28 hari. Bukan 29 hari. Samada aku hilang ingatan bahawa tahun ni bukan tahun lompat ataupun aku bebuat tak tahu. ................................................................................ Barakah yang aku nak cerita adalah sebuah restoren melayu-jawa Aku agak je sebab kawasan tu memang dimonopoli orang Melayu berketurunan Jawa. Kronologinya bermula seperti dibawah : 1. Tiba di restoren F&F. Tekak meronta nak makan masakan Barat. (Sebenarnya jeles dengan parents yang asyik bercerita mengenai restoren ni. Dan ada seorang kenalan pun dah makan kat sini 2 kali. Lagi bertambah jeles) 2. Abang kedai yang ambik order merangkap cashier dan juga tukang masak beritahu cerita kurang best ke aku yang sedang eksaited nak makan. Otak terbayang fish & chips yang panas bersama tartar sauce. ah sedapnya. "Mintak maaf dik. Burger je ada time-time gini. Err dengan fries. Yang lain belum ada, sauce tak siap lagi", ka...

Februari

Bulan yang indah. 29 hari pada tahun ni. ................................................................. Kerja. Demi kampeni. Biasa dengan kerja-kerja admin, HR, Finance, Accounts, Operations (R&M). Demi bapak. Malam tadi bertungkus lumus dengan Standard Operating Procedure (SOP). Demi mama. Aku enjoy dengan semua yang aku buat. Demi diri sendiri. ................................................................. Kekangan masa? Ya! Masa sangat singkat. Banyak perkara perlu diselesaikan pada setiap hari. Rutin aku berbeza dengan kau. Jadinya, kita berbeza. ................................................................. Mapley. Al-Fariz Maju yang sekali dikunjung dalam kira-kira 2-3 bulan. Tempat gelak sakan dengan kawan. Tempat tengok bola skrin gergasi. Ayam tandoori, nan kima & oothapam spesel buat yang pertama kali jejak kaki. Mesti cuba! kalau taknak tergolong dalam orang yang rugi. ................................................................. ...

NUKE-hood

21 October 2012 adalah sejarah buat aku. Macam-macam benda jadi pada tarikh ni.  Hari lahir adik kesayangan aku buat kali ke-17 mengikut kalendar kapir. Hari Konvokesyen aku. Hari pemergian arwah atuk saudara aku di Bangi, pagi tu.  Member baik melawat setelah sebulan tak jumpa jalan balik Malaysia. Hari itu sangat bersejarah dan aku takkan lupa selagi aku tak hilang ingatan. Gambaq kecik atas tu. Itulah memember rapat aku. Susah senang gembira sedih macam-macam aku lalui dengan diorang. Dah macam siblings. Tahniah buat semua yang berjaya konvo pada masa yang ditetapkan. Alhamdulillah. We made it!  Sayang korang semua.  output otakku ; pelangi lepas hujan

What Did I Do Wrong ?

Hello kembali kepada semua. Nak kata busy, itu dusta.  Takdelah busy sangat cuma kadangkala nak on si Petom ni pun aku pikir banyak kali.  Takut juga masa aku dibazirkan dengan dia je. Semester lepas, aku ada Latihan Ilmiah.  Thesis tu, macam setiap orang kena buat pabila berada di final year.  Terlampau sibuk dengan lab, sampaikan masa makan, tidur pun jadi tunggang terbalik.  Jenguk mama ayah adik di rumah pun jarang.  Eh, apa yang aku cuba sampaikan ni ? ah, abaikan. ini blog aku. .................................................................................. Sekarang, tengah menjalani latihan industri di Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Kuala Lumpur.  Lagi sebulan, then im off to go. Terus-terusan menjadi orang yang tidak buat apa-hanya menunggu hari bahagia (read : konvokesyen). Permudahkan perjalananku & rakan-rakan. Amin Tidak lupa, Salam Aidilfitri buat semua. output otakku ; zero

Entri pertama pada 2012

Hari ni hari ketiga pada tahun 2012. Cepatnya masa berlalu. Tak silap aku, baru je aku perasan kat tv haritu ramai orang duk tunggu buga api. Walaupun dah masuk tahun 2012. Aku, still tak start study untuk final exam. Konon nak siapkan thesis la ape. Sama je, thesis pun terhegeh-hegeh aku nak siapkan. Nak tunggu mood thesis datang, memang tak payah la. Sampai ke sudah pun tak datang nanti. Khamis ni forst paper : Nuclear Law. Semoga aku dan kawan-kawan boleh menjawab soalan dengan tenang macam budak-budak Law. Semoga dipermudahkan, Amin.  ........................................................................ Few things yang aku nak buat by this week, tapi tak terbuat-buat jugak : 1. Study Law (Waste Management & NPT) 2. Siapkan thesis 3. Laundry 4. Mandikan Dino Ini sahaja setakat ni. Harap semua berjalan lancar dan aku pun takde rasa malas nak mampus.  Sekarang ni aku baru terhegeh-hegeh buat chapter 3 : Methodology. Jumaat kena hantar. Ye, sebagai tu...

What so special ?

Will you stay away forever. ............................................        Since hari ini 11th November 2011, aku nak update blog ni. Dah berkurun rasanya. Ntah kenapa orang duk sembang pasal tarikh harini. Mungkin nombor lawa ke apa, aku tak sure. Kebetulan jatuh pada hari Jumaat ke, yang itu pun aku tak sure. Dari pukul 12 malam tadi, TL aku penuh dengan wish pasal tarikh tu & ada game nombor macam kat Fb dulu. Haha, segala yang kat Fb kalau nak bawak kat Twitter memang takde originality la. Karang tak pasal MafiaWars, Poker segala ada kat Twitter, macam mana ? Okay fullstop. Yang paling penting dari 7thNovember2011 cuti, sampai ke harini (tarikh yang kononnya bersejarah), aku tak siapkan lagi slide untuk presentation, lab report untuk 2-3 minggu lepas, study untuk midterm exams. *standingovation* Alasan untuk tidak menyiapkan segala homework tu ; Sibuk sangat (kononnya) siapkan proposal Petai Belalang tu (jahanam). Padan muka kau la dapat tajuk Petai h...

Yang Mana Satu?

Aku mulai tenang. Tenang-tenang sahaja seperti dulu. Seumpama zaman sekolah tadika Warna-Warni. Alhamdulillah, ketenangan itu, aku peroleh semula. Oh, itu ketenangan semalam. ...................................................................................... Dah sure dengan apa yang hendak di type . Ini merupakan senarai kerja yang belum selesai. 1. Kertas kerja program 2. Hadiah untuk kawan adik 3. Stack kan barang-barang dari bilik sendiri 4. Sampul surat untuk kad raya 5. Kad raya untuk kawan-kawan 6. Misi menyimpan semua Tupperware mama ke dalam lemari (Ada orang yang nak beli tak, Tupperware ni ada yang tak pernah keluar dari beg plastik) 7. Upload & update segala Shirts & Tshirts (semua benda) yang nak dijual (Lemari sudah rapuh & bakal roboh) 8. Perlukan pembantu untuk menggosok kesemua baju yang tidak terkira berapa helai itu Sambil tensi, sempat juga aku layan lagu Lenny pagi-pagi buta ni. Sementara menunggu azan Subuh. output otakku ; Yang mana harus saya b...

Missing You Is The Hardest Thing I've Ever Experienced

Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa aku rindukan kau. Setiap kali perasaan rindu tu datang, terus-menerus aku sedekahkan Al-Fatihah untuk kau. Berharap kau mendengar segala yang aku bacakan. Aku tetap merasakan yang kau masih ada di rumah ibu. Walaupun aku tahu, kau telah pergi meninggalkan aku. Tinggalkan semua. Ramadhan kali ini, Ramadhan yang pertama kau tiada disisi. Rasa kehilangan itu semakin terasa di saat mengerjakan Solat Terawikh. Tidak putus aku berdoa padaNya agar kau hidup bahagia disana, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman & beramal soleh. Aku berharap kita akan berjumpa kelak. Al-Fatihah output otakku ; apa yang terbuku dalam hati